GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 16 November 2012

Mesej Twitter punca ramai kena dakwa

London: Beratus-ratus orang didakwa di Britain setiap tahun kerana menghantar kiriman, Twitter, teks dan e-mel yang dianggap ancaman, tidak senonoh, menghina atau lucah dengan bilangannya semakin meningkat selaras dengan perkembangan internet. 

Peguam berkata perkembangan itu menunjukkan masalah sistem perundangan yang cuba ditetapkan dalam komunikasi kurun ke-21, menggunakan undang-undang abad ke-20. 
Golongan liberal berkata ia adalah satu ancaman kepada kebebasan bersuara dalam era di mana internet memberikan sesiapa saja kuasa untuk mendengar di seluruh dunia. 


Lima puluh tahun lalu seseorang yang mengeluarkan sesuatu kenyataan mungkin tidak menghadapi masalah seperti sekarang kerana ia didengar oleh beberapa orang saja, kata Mike Harris, dari Index on Censorship. 

Kini seseorang mengirimkan sekeping gambar di Facebook dan mungkin beribu-ribu orang boleh melihatnya. 

Orang ramai bertindak sendiri untuk melaporkan bahan ini kepada polis, dan tiba-tiba anda didapati melakukan jenayah ucapan. 

Seorang remaja membuat ke nyataan mengenai seorang kanak-kanak dibunuh di Twitter. Seorang lelaki lain menulis di Facebook bahawa tentera British sepatutnya ke neraka. 

Orang ketiga mengirimkan gambar mengenai pembakaran kertas poppy sebagai simbol memperingati perang. 

Semua ditahan, dua daripada mereka disabitkan bersalah dan seorang daripadanya dipenjara. 

Angka yang diperoleh Associated Press menunjukkan peningkat an orang yang didakwa di Britain membabitkan komunikasi elektronik, panggilan telefon, e-mel dan kiriman ke media sosial. Bilangannya meningkat dari 1,263 pada 2009 kepada 1,843 pada 2011. - AP 

* Sumber BH


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP