GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 24 November 2012

Sudah ada 16 Anak,masih tidak cukup lagi?


PASANGAN suami isteri Sue dan Noel bersama anak mereka kini tinggal di sebuah rumah sembilan bilik tidur di Morecambe, Lancashire.

LONDON: Wanita digelar “Ibu Super Britain,” Sue Radford, selamat melahirkan anak ke-16 dan belum bercadang untuk berhenti hamil.

“Saya mahu anak lagi,” katanya kepada media, semalam.

Kenyataan itu dibuat Sue, 37, sejurus selepas dia dan anak bongsunya, Casper, tiba di rumah mereka di Morecambe, Lancashire.

Rumah itu pernah menjadi pusat penjagaan kanak-kanak kurang bernasib baik.

Kata Sue, dia sentiasa seronok menjadi ibu.

“Kami berasa sangat bertuah,” katanya. Sue hamil kali pertama ketika berusia 14 tahun dan sejak itu, dia dan pasangannya, Noel, 41, bertekad untuk membesarkan sendiri anak sulung mereka, Chris, kini 23 tahun.

Keputusan itu dibuat kerana Sue dan Noel sendiri diserahkan kepada keluarga angkat sebaik saja dilahirkan. Sue dan Noel berkahwin empat tahun kemudian dan anak kedua mereka, Sophie, 18, menyusul, sebelum diikuti Chloe, 17; Jack, 15; Daniel, 13; Luke, 11; Millie, 10; Katie, 9; James, 8; Ellie, 7; Aimee, 6; Josh, 4; Max, 3; dan Tilly May, 2.

Anak ke-15 Sue dan Noel, Oscar, lahir pada Oktober tahun lalu sebelum Casper hadir tujuh minggu lalu.

Kata Sue, Casper disambut doktor hanya selepas dia berada 16 minit di dalam bilik bersalin. Menurutnya, kehadiran Casper bagaikan satu mimpi dan melengkapkan kegembiraan dinikmati mereka sekeluarga.

“Saya menjadi emosional apabila melihat semua anak bersama.

“Saya tahu orang memerhatikan kami dan menyangka ada antara anak ini tidak mendapat perhatian sewajarnya,” katanya.

Bagaimanapun, kata Sue, orang ramai tidak memahami bagaimana dia dan Noel memberi sepenuh perhatian kepada keluarga bagi memastikan semua anak mereka membesar dengan kasih sayang. Disebabkan jumlah anak begitu ramai, Sue dan Noel menggunakan sebuah bas mini untuk membawa mereka ke sesuatu destinasi. Mereka juga membelanjakan �250 (RM1,220) seminggu untuk membeli makanan.

Setiap hari, tiga buku roti dihabiskan bersama dua kotak bijirin dan 10 liter susu sebagai sarapan.

Hidangan biasa mereka menggunakan 16 potong daging babi, hampir 7 kilogram kentang, tiga kubis dan 30 lobak merah. Di rumah sembilan bilik tidur itu, Sue dibantu sebuah mesin basuh pakaian serta peti sejuk bersaiz besar. Keluarga itu pasti semakin sesak kerana Sophie baru saja melahirkan anak - sekali gus menjadi cucu pertama Sue dan Noel. - TS

* Sumber


1 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP