GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 27 November 2012

Zain Saidin Tidak Tolak Jodoh Dengan Rozita Che Wan


Zain Saidin akui menyukai Rozita dan mahukan hubungan yang lebih serius melebihi teman biasa.
PETALING JAYA: Pelakon kacak Zain Saidin berkata dia tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan aktres Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta pada masa akan datang.
Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 28, berkata, dia menyuarakan hasrat itu kerana hatinya sudah lama tertarik dengan sikap baik hati dan keikhlasan wanita berusia 39 tahun itu.
“Dia seorang wanita yang baik dan ikhlas. Jika tertulis ada jodoh antara kami, saya tidak menolak.
“Saya akui memang menyukai Che Ta tetapi lebih daripada itu saya tidak boleh komen,” luahnya ketika dihubungi mStar Online, baru-baru ini.
Ujar Zain, walaupun gosip yang mengaitkan mereka seolah tidak pernah berakhir, hubungan mereka pada waktu ini masih lagi sekadar teman biasa.
“Memang saya mahu dan tertarik pada dia tetapi kami hanya berkawan pada masa ini. Saya tidak nafikan mahu menjalin hubungan melebihi apa yang kami lalui sekarang.
“Kalau benar ada sesuatu yang terjalin antara kami, sudah tentu saya akan berkongsi dengan khalayak,” terangnya.
Rozita terus dikaitkan dengan pelbagai kontroversi dan lelaki termasuk yang terbaru Shah Iskandar.
Mengenai perkembangan kerjaya, Zain berkata, dia bakal terbang ke India selama tiga minggu untuk penggambaran drama bersiri Cinta Agra tidak lama lagi.
“Drama itu akan menjalani penggambaran di Malaysia dan India tetapi saya belum pasti bila jadual penggambaran di sana akan bermula.
“Pada masa ini, saya masih menjalani penggambaran drama bersiri KL Drift The Series di bawah Skop Productions.
“InsyaAllah, selepas itu penggambaran drama Oh My English bagi musim kedua pula menyusul pada Januari depan,” tuturnya.
Terbaru, aktor berdarah kacukan itu didakwa berasa cemburu ekoran keintiman Rozita dengan pelakon baru, Shah Iskandar di lokasi penggambaran.
* Sumber mStar Online

4 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  24 Mei 2014 pada 5:42 PTG  

Hi there! I simply would like to give you a big thumbs up for the great info you have here on this post.
I will be returning to your web site for more soon.

Check out my web page ... best weight loss supplements

Tanpa Nama ,  31 Mei 2014 pada 6:38 PG  

There are Central TX roofing delivered just about every single second

Also visit my webpage roofing San Antonio

Tanpa Nama ,  15 Julai 2014 pada 10:42 PG  

I have read so many content concerning the blogger lovers however this
piece of writing is actually a good piece of writing, keep
it up.

Also visit my weblog: remodeling kitchen cost

Tanpa Nama ,  6 Ogos 2014 pada 12:58 PG  

I got this site from my friend who shared with me regarding this website and
now this time I am browsing this website and reading very informative posts at
this place.

My web blog: Pro Garcinia and pure green coffee bean plus

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP