GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 21 Disember 2012

Julia Perez mohon maaf

Julia Perez

Aktres dari seberang, Julia Perez, akhirnya tampil memohon maaf menerusi syarikat produksi Nusantara Seni Karya Sdn Bhd (NSK).
Permohonan maaf itu dibuat Julia atau Jupe menerusi emel kepada Ketua Perniagaan dan Pemasaran NSK, Sofiyant Rahman.

"Komen saya sebenarnya telah disalah ertikan. Bagaimana pun, saya meminta maaf kepada sesiapa saja sekiranya ianya telah melukakan perasaan anda, khusus kepada rakan industri yang dihormati dan peminat kesayangan saya.

"Saya berterima kasih kepada industri filem Malaysia kerana sudi memberi peluang kepada saya melibatkan diri dan memberi kepercayaan kepada saya dan saya hargainya
dengan penuh hormat.

"Selebriti Indonesia mempunyai ramai peminat di Malaysia yang menyayangi mereka dan selebriti Malaysia sentiasa diterima dan disayangi peminat di Indonesia.

"Peluang bekerjasama di antara kedua-dua negara Indonesia dan Malaysia harus diberi peluang untuk berkembang, itu adalah satu keinginan saya secara peribadi," ujarnya.

Jupe sebelum ini secara lantang telah mengkritik drama Malaysia dan turut mengeluarkan kenyataan bahawa drama Indonesia, jauh lebih baik. Kenyataan berani itu telah menarik perhatian ramai, termasuk Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zes Zaidi, sehingga menimbulkan perang di laman sosial Twitter.

* Sumber sinarharian


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP