GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 18 Disember 2012

Kanak-kanak mangsa pembunuhan di AS mula dikebumikan

NEWTOWN (Connecticut): Suasana menyayat hati menyelubungi upacara pengebumian pertama dua kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang ditembak mati beramai-ramai di sekolah rendah di Newtown, hari ini.

Upacara pengebumian pertama itu dilakukan ketika cuaca sejuk dengan salji yang turun membabitkan dua daripada 20 kanak-kanak yang menjadi mangsa pembunuhan di sekolah rendah Sandy Hook. 


Lewat hari ini juga seorang kanak-kanak perempuan juga berusia enam tahun turut dikebumikan. 


Kejadian pada Jumaat lalu meragut nyawa 20 kanak-kanak berusia antara enam dan tujuh tahun serta enam dewasa yang bekerja di sekolah berkenaan.

Remaja yang melakukan tembakan itu turut dilaporkan membunuh diri selepas itu namun mangsa pertama yang ditembaknya adalah ibunya sendiri.

Keluarga salah seorang kanak-kanak lelaki berkenaan, Jack Pinto, berkumpul di rumah pengebumian di bandar Connecticut dengan lebih 20 kanak-kanak yang sebaya dengan mangsa turut menghadiri upacara itu.

Jack Wellman, seorang pelajar tahun lapan yang membantu jurulatih gusti di sekolah berkenaan berkata, semua rakannya menghadiahkan pingat yang dimenangi mereka kepada Jack, seorang yang berbakat dalam sukan gusti. 


“Dia seorang kanak-kanak yang hebat," kata Wellman.

Seorang tetamu selepas itu keluar dengan menangis, "Saya tidak mampu meneruskannya, ia amat menyedihkan.

Semua sekolah di bandar itu ditutup sehingga esok dengan sekolah tempat pembunuhan mangsa masih lagi ada kesan darah apabila polis masih meneruskan siasatan mereka. - AFP


* Sumber BH


1 Merujuk kepada perkara diatas :

Yanty Lee 18 Disember 2012 pada 10:10 PG  

Kecian pula dekat budak2 ni. Hurm..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP