GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 20 Disember 2012

Ramalan Kiamat buat orang berniaga Untung besar


imej google

PARIS: Golongan yang taksub dan bimbang bahawa hari kiamat bakal terjadi esok mengikut ramalan kalendar Mayan pasti akan bergegas ke kawasan perlindungan terdekat.

Tetapi lebih ramai lagi, dari Delhi di India hingga ke Sydney di Australia, akan meraikan tarikh itu dengan berparti seolah-olah tidak akan ada hari esok. Satu perkara yang pasti: Daripada kubu bawah tanah hingga ke menu ‘Akhir Dunia’ atau lawatan ke destinasi selamat, ramalan kalendar Mayan bahawa dunia akan berakhir pada 21 Disember (dengan tamatnya era 5,000 tahun) telah membawa keuntungan dalam perniagaan di seluruh dunia.

Di seluruh negara asal nenek moyang Mayan, meliputi negara Amerika Tengah, termasuk sebahagian Mexico, Belize, Guatemala, Honduras dan El Salvador, “The End of the World As We Know It”, atau TEOT membawa keuntungan kepada pelancongan. Lokasi purba kaum Mayan akan dipenuhi dengan aktiviti esok, menganjurkan gambaran semula upacara ritual, persidangan dan pertunjukan bunyi dan cahaya.

Di tempat lain, tidak ada kekurangan tempat berlindung atau tempat suci untuk mengadakan perayaan yang membimbangkan itu sepanjang malam.

Di Brazil, mereka yang percaya kiamat akan berlaku, dijangka bersesak-sesak ke sebuah desa di Alto Paraiso, tempat yang dipenuhi dengan ‘tenaga mistik’, sebagaimana kepercayaan tradisi tempatan yang bersiap sedia untuk menghadapi kiamat. Perayaan antiArmageddon akan berlangsung di Island of the Sun, di tengah Tasik Titicaca di Bolivia yang tertinggi di dunia, tempat pengasas kerajaan Inca dipercayai dilahirkan.

Penduduk Serbia yang percaya kiamat akan berlaku esok meramalkan Gunung Rtanj yang berbentuk piramid akan bersinar malam esok. Kampung di Sirince di barat Turki turut menjadi tarikan golongan peramal apabila semua 400 hotel di kawasan itu ditempah sepenuhnya. 

Virgin Mary dikatakan naik ke syurga dari situ. Begitu juga dengan Kampung Cisternino di Itali yang cantik disebutkan seorang guru India sebagai kawasan selamat apabila kiamat berlaku. - AFP

* Sumber


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP