GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 18 Disember 2012

Wanita cedera semasa hubungan seks, dapat pampasan

CANBERRA 17 Dis. - Seorang pegawai kerajaan Australia yang cedera ketika melakukan hubungan seks di sebuah bilik motel ketika mengadakan lawatan kerja, memenangi kes tuntutan pampasan daripada kerajaan selepas lima tahun perbicaraan.

The Associated Press semalam menyiarkan keputusan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 13 Disember lalu yang menolak rayuan syarikat insurans kerajaan, Comcare, yang menentang keputusan mahkamah sebelum ini yang menyatakan wanita itu cedera akibat majikannya.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu, menginap di sebuah motel di pekan Nowra, 160 kilometer ke selatan Sydney, pada 26 November 2007.

Ketika dia melakukan hubungan seks, mentol lampu kaca dari siling bilik motel itu jatuh dan mengenai mukanya, menyebabkan hidung dan mulutnya cedera.

Akibat insiden itu, dia mengalami kemurungan dan tidak lagi boleh bekerja dengan kerajaan dan menuntut pampasan atas kecederaan fizikal dan psikologi.

Tuntutan itu pada mulanya diluluskan oleh Comcare, tetapi kemudiannya ditolak selepas siasatan lanjut dibuat.

Rayuannya kepada Tribunal Rayuan Pentadbiran kerajaan tidak berjaya kerana tribunal itu bersetuju dengan Comcare bahawa kecederaan yang dialaminya bukan disebabkan majikan kerana kerajaan tidak menggalakkannya melakukan hubungan seks.

Dia bagaimanapun memenangi rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 19 April lalu apabila Hakim John Nicholas menolak hujah tribunal itu.

Dalam keputusan penuh pada minggu lalu, Hakim Patrick Keane, Robert Buchanan dan Mordy Bromberg bersetuju bahawa hujah kerajaan mengenai hubungan seks wanita itu di motel tidak mempunyai kaitan.
Bagaimanapun jumlah pampasan yang diterimanya tidak dinyatakan. - AGENSI

* Sumber

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP