GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 7 Januari 2013

Argentina edar 82 juta kondom secara Percuma di Seluruh Negara


Buenos Aires: Argentina merancang mengedarkan kira-kira 82 juta kondom secara percuma di seluruh negara sepanjang 2013, dalam kempen menentang penyakit jangkitan seksual termasuk HIV, kata kementerian kesihatan. 
Kondom berkenaan akan diserahkan kepada pusat kesihatan, sekolah, penjara, bar dan kelab malam, selain rangkaian 3,000 pusat khas di agensi perkhidmatan awam. 
“Pemberian kondom bersama 17 juta gel pelincir, bertujuan memastikan kaedah yang digunakan dapat mencegah penyakit jangkitan seksual,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan. 


Pelincir membantu mencegah kondom koyak dan mengelak pengguna daripada melecet, yang boleh mengakibatkan darah tercemar menjangkiti pasangan. 

5,500 pesakit baru hidap HIV 

Di Argentina, 5,500 pesakit baru yang menghidap HIV dilaporkan setiap tahun dengan 90 peratus daripada jangkitan berpunca daripada mereka yang melakukan hubungan seks tanpa perlindungan. 

“Bagaimanapun, kami mendapati jumlah pesakit baru berkurangan kepada 30 peratus sejak 2004, manakala kadar jangkitan pada 2010, ialah 11.7 kes bagi setiap 100,000 orang berbanding 17.3 sebelumnya,” katanya. Argentina mempunyai 40 juta penduduk dengan 30 juta daripada mereka berusia lebih 15 tahun. 
- Agensi

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Unknown 7 Januari 2013 pada 9:05 PTG  

singgah baca artikel di sini

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP