GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 19 Januari 2013

Jangan salah guna bantuan awal persekolahan Anak Anak


TUMPAT — Kementerian Pelajaran tidak mahu pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengambil kesempatan menyalah guna pemberian wang bantuan awal persekolahan RM100 kepada pelajar.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ini kerana bantuan itu adalah bagi meringankan beban ibu bapa dalam persediaan pada awal musim persekolahan.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian bantuan awal persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bunohan hari ini, beliau berkata langkah itu juga adalah bagi membolehkan ia memenuhi matlamat kerajaan dalam membantu golongan sasar.
Mohd. Puad mengulas kejadian sebuah sekolah di Johor semalam, yang didakwa menawarkan “diskaun” kepada ibu bapa menggunakan wang itu bagi melunaskan yuran komputer.
Perbuatan itu dikatakan berlaku di sebuah sekolah tamil yang didakwa melibatkan PIBG sekolah tersebut.
Beliau berkata, perbuatan itu menyalahi pekeliling Kementerian Pelajaran kerana pihak sekolah tidak dibenar memotong atau memaksa pelajar melunaskan hutang atau apa-apa yuran berkaitan sekolah menggunakan wang bantuan awal persekolahan.
Sehubungan itu, Mohd. Puad meminta Jabatan Pelajaran negeri tersebut menyiasat dan mengambil tindakan terhadap sekolah berkenaan. 
— BERNAMA


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP