GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 17 Januari 2013

Patrick Teoh Minta Maaf Secara Terbuka Hina Islam


Teoh memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam atas kenyataannya menghina Islam.
PETALING JAYA: Pelakon dan personaliti radio, Patrick Teoh secara terbuka telah memohon maaf kepada umat Islam berikutan kenyataannya menghina Islam ketika mempersoalkan panduan kerajaan PAS Kedah mengenai penganjuran program Tahun Baru Cina, bulan depan.
Berita Harian melaporkan, Teoh menyedari kesalahan yang dilakukan sehingga menerima e-mel pelbagai pihak yang marah disebabkan kenyataan tersebut.
"Saya ikhlas memohon maaf kepada semua umat Islam. Saya percaya kritikan terhadap saya berpunca daripada penggunaan frasa 'Quran-thumping m***** F*****....' Saya bersalah.
"Kepada semua umat Islam saya meminta maaf kerana menyinggun dalam kenyataan menerusi Facebook. Kenyataan itu sudah pun dibuang dan alasannya sudah dijelaskan. Terima kasih atas kesabaran anda," jelasnya menerusi laman Twitter.
Teoh dikecam pelbagai pihak yang memberi maklum balas susulan cacatannya kerana mengeluarkan kenyataan tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam.
Menerusi laman Facebooknya, Patrick mengguris perasaan umat Islam apabila mengeluarkan kenyataan keterlaluannya termasuk merendahkan martabat al Quran.
"Menggalakkan nyanyian lagu motivasi. Apa jenis motivasi yang mereka mahukan? Sembahyang lima waktu? Semua wanita bertudung? Apa?," katanya.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP