Smart Phone paling Nipis dalam Dunia
Tweet
TELEFON pintar Alcatel One Touch Idol Ultra dipamerkan pada pameran CES di Las Vegas, Amerika Syarikat kelmarin.
PARIS - Syarikat peralatan Perancis, Alcatel memperkenalkan model baharu One Touch Idol Ultra yang didakwa telefon pintar paling nipis di dunia, lapor laman web infomobile.
Setebal cuma 6.45 milimeter, gajet tersebut dipamerkan pada hari pertama pameran Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
Telefon pintar itu mempunyai skrin berukuran 11.9 sentimeter dan dijana pemprosesan dua teras berkapasiti 1.2 giga hertz dan perisian Android 4.1 Jelly Bean.
Model terbaharu itu akan mula dijual di China pada hujung bulan ini sebelum memasuki pasaran lain di dunia termasuk AS dan Eropah. - Agensi
* Sumber kosmo!


2 Merujuk kepada perkara diatas :
Ni lg senang campak kat mane2 ni
Silap-silap boleh terpatah dua ni kerana nipis sangat. Jadi berhati2 lah ketika nak duduk atau nak simpan di poket :D
Catat Ulasan