GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 12 Februari 2013

56 peneroka generasi kedua tertipu


PARA peneroka menunjukkan tanah yang didakwa dijanjikan kerajaan Pas Kelantan kepada peneroka generasi kedua di Paloh 4, Gua Musang baru-baru ini.

GUA MUSANG – Impian 56 peneroka generasi kedua untuk mendapat lot tanah ladang dan tapak rumah seperti yang dijanjikan oleh kerajaan Pas Kelantan di Paloh 4 dekat sini melibatkan kawasan seluas 386 hektar, tidak lebih sekadar harapan palsu.
Episod janji palsu itu bermula apabila kesemua peneroka terbabit dipilih sebagai peserta di Ladang Rakyat Paloh 4 dan menerima sijil pada 29 November 2007.
Janji yang ditabur termasuk memberi lot ladang seluas empat hektar dan tapak rumah seluas 0.06 hektar selain gaji bulanan RM750 serta beberapa lagi insentif lain.
Namun begitu, janji tinggal janji apabila mereka terus hidup daif malah ada yang terpaksa menumpang rumah ibu bapa yang merupakan peneroka generasi pertama.
Peneroka generasi pertama, Mustapa Mohd. Daud, 60, mendakwa, sebelum kawasan tersebut diambil kerajaan negeri untuk dijadikan Ladang Rakyat, dia menanam getah seluas empat hektar pada 2001.
Mustapa yang merupakan peneroka Kesedar Paloh 2 mendakwa, selepas lima tahun, dia hanya sempat menoreh getah selama tiga hari sebelum kerajaan negeri mengambil tanah tersebut dengan janji akan diberi kepada peneroka generasi kedua.
“Saya rela tanah tersebut diambil kerana memikirkan janji akan diberi kepada anak dan menantu saya tetapi sehingga hari ini, tiada khabar berita mengenainya dan apa yang saya tahu, kawasan tersebut akan dipajak kepada sebuah syarikat menyebabkan impian kami lebur,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Tegasnya, dia dan para peneroka generasi pertama yang lain berasa tertipu dengan janji-janji kerajaan negeri itu.
Dakwanya, kerajaan negeri juga berjanji akan membayar pampasan bagi tanaman getah yang diusahakannya tetapi janji itu juga tidak tertunai sehingga kini.
“Tok guru (Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat) pernah datang ke sini dan beritahu tanah ini hak Tuhan dan boleh sesiapa sahaja menerokanya. Saya jahil tetapi saya tahu halal haram kalau berjanji kemudian mungkir.
“Sekarang, rumah saya di Kesedar Paloh 2 dihuni 12 orang cucu, dua anak, dua menantu serta saya dan isteri. Bayangkan kami terpaksa bersesak-sesak di rumah yang mempunyai dua bilik sahaja.
“Jika apa yang dijanji oleh kerajaan negeri ditunaikan, kehidupan keluarga terutama anak menantu saya mungkin sedikit berubah,” ujarnya lagi.
Sementara itu, peneroka generasi kedua, Mohd. Afendi Ismail, 34, memberitahu, dia mendapat sijil kerana terpilih sebagai peserta di Ladang Rakyat Paloh 4 pada tahun 2008.
“Saya gembira kerana saya percaya ladang ini mampu mengubah hidup saya dan keluarga yang menumpang di rumah ibu bapa di Kesedar Paloh 2.
“Namun, selepas hampir lima tahun, janji tinggal janji dan saya terpaksa kerja kampung untuk menampung hidup,” jelasnya.
* Sumber kosmo! Online


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP