GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 16 Februari 2013

Bob Lokman sah tidak bertanding dalam PRU13


KOTA BHARU - Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman (gambar) yang kini penceramah agama dan politik Pas mengesahkan beliau tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman berkata, wakil Pas pernah menawarkan beliau untuk menjadi calon di kawasan Subang, Selangor akhir tahun lalu, namun tawaran itu terpaksa ditolak atas sebab kesihatan.

“Saya mengalami sakit jantung sejak tujuh tahun lalu. Biarpun berminat dalam bidang politik, saya menolak tawaran Pas sebab saya tidak bertenaga, jadi wakil rakyat perlu kuat dan bertenaga untuk bekerja siang dan malam.

“Kalau dikira dalam bidang politik, jika untuk bantu orang, saya memang berminat. Walaupun tidak bertanding, saya kini giat membantu parti dengan memberi ceramah kepada orang ramai bergantung kepada jemputan penganjur,” katanya semalam.

Bob Lokman sememangnya dikenali dalam industri hiburan dan keputusan beliau menjadi ahli Pas 19 Februari 2011 di Kedah lalu memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke dalam parti itu termasuk Aishah, Abby Abadi, Renggo Arrow dan Hairie Othman.

Beliau berkata, ceramah disertainya bagi  memudahkan orang ramai berfikir untuk menentukan parti terbaik yang perlu dipilih pada PRU13 nanti.

“Dalam semua parti, perjuangan Pas mempunyai jalan yang paling panjang kerana kalau kita mendengar ceramah Pas, ia berkisarkan tentang dunia dan akhirat.

“Berlainan pula dengan parti lain yang berceramah hanya cenderung kepada dunia sahaja termasuk hal ekonomi,” katanya.

Kata beliau, selagi Islam tidak menang, ini bermakna Pas belum menang secara keseluruhan, sebaliknya jika Islam diterima oleh semua orang, ia membawa Pas berada di atas.

Ditanya mengenai rakan artis iaitu penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin, 48, yang dikhabarkan menjadi calon pada PRU13 nanti, beliau berkata, khabar angin itu diterima secara positif.

“Beliau layak bertanding kerana mempunyai personaliti menarik. Lagipun beliau (Aishah) memang belajar dalam bidang Sains Politik sebelum ini,” katanya.

* Sumber sinarharian


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP