GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 14 Februari 2013

Bunuh Suami kerana menonton Filem Lucah


Maria Rey Garcia-Pellon
Philadelphia: Seorang bekas pemain bola keranjang Universiti Pennsylvania ditikam hingga mati ketika tidur oleh isterinya kerana mangsa didakwa menonton aksi lucah kanak-kanak, lapor media semalam.
Memetik kenyataan polis, media melaporkan, Maria Rey Garcia-Pellon menikam suaminya, Matthew White, berkali-kali di kerongkongnya di rumah mereka di Media, pinggir Philadelphia malam Isnin lalu.
Kata Maria, dia ternampak White menonton filem lucah memaparkan aksi remaja perempuan.
“Disebabkan saya sayangkan kanak-kanak, saya terpaksa membunuh suami saya,” katanya. White, 53, pernah membantu universitinya beraksi di perlawanan akhir bola keranjang antara kolej pada 1979.
WHITE (kanan) pernah bermain bola keranjang dalam liga antarabangsa.
Selepas menamatkan pengajian, White bermain secara profesional untuk pasukan Portland Trail Blazers serta pernah beraksi untuk kelab di Sepanyol.
Maria - bekas penuntut universiti berprestij di AS - berkata, dia terjaga pada tengah malam dan ke dapur untuk minum.
Katanya, ketika itulah dia ternampak suaminya menonton filem lucah.
“Apabila kembali ke bilik tidur, saya membawa pisau dan menikam White,” katanya. Akibat tikaman bertubi-tubi itu, White terjaga dan cuba melawan, tetapi gagal dan menghembus nafas terakhir tidak lama kemudian. Maria kemudian menukar pakaian dan pergi ke rumah kawannya sebelum rakannya itu menghubungi talian kecemasan 911. Sejurus selepas pihak berkuasa tiba di rumahnya, Maria ditahan sebelum didakwa atas kesalahan membunuh tahap pertama. - Daily Mail
* Sumber


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP