GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 16 Februari 2013

Kekuatan Meteor yang menghentam Rusia sama dengan 20 Bom Hiroshima ?


Jejak letupan objek yang disyaki meteor di atas Kota Chelyabinsk, Ural, Jumaat (15/2/2013) pagi.

MOSCOW - Dengan cahaya yang menyilaukan dan gelombang kejut yang luar biasa, sebuah meteor jatuh di Chelyabinks, Siberia, Rusia, Jumat (15/2/2013). Kesan ledakannya telah mencederakan lebih daripada 1,000 orang serta membuat panik besar-besaran di bandar berpopulasi 1 juta orang itu.

Badan Penerbangan dan Antariksa Amerika Syarikat (NASA) menganggarkan meteor itu hanya sebesar bas dan berbobot sekitar 7,000 tan. Namun, kekuatannya sangat dahsyat, 20 kali bom atom dan bola api yang ditimbulkannya kelihatan sangat dramatik.

Menurut warga kota itu, peristiwa alam itu seperti yang mereka lihat seperti di filem-filem. "Saya terbangun kerana ada letupan. Rasanya, seluruh bangunan ini terlempar," kata Igor Chudnovsky, seorang eksekutif syarikat di Chelyabinsk, seperti dikutip USA Today.

"Saya melihat cahaya, seperti letupan nuklear, seperti yang saya lihat di filem-fim dokumentari," katanya.

Meteor yang meluncur ke wilayah barat Siberia itu masuk atmosfera Bumi pada pukul 09.20 pagi waktu tempatan dengan kelajuan sekurang-kurangnya 54.000 kilometer per jam dan meletup di ketinggian 30-50 kilometer, kata Akademi Sains Rusia.

Sementara NASA menganggarkan kelajuannya 64 kilometer per jam dan meletup di ketinggian 19-24 kilometer. Meteor itu mengeluarkan 300-500 kiloton tenaga dan meninggalkan jejak sepanjang 480 kilometer.

"Ada kepanikan. Orang-orang tidak tahu yang sedang berlaku," kata Sergey Hametov, warga Chelyabinks.

"Kami melihat letupan cahaya di udara, lalu keluar rumah untuk melihat yang terjadi dan kami mendengar letupan yang sangat keras menggelegar di udara," tutur Hametov kepada Associated Press.

Gelombang kejutannya dijangka memecahkan kaca seluas 100,000 meter persegi, menurut pegawai bandar. Tak kurang dari 3,000 bangunan di bandar itu rosak.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, lebih daripada 1,000 orang dirawat di rumah sakit. Sebahagian besar korban terluka akibat pecahan kaca.

Para saintis menganggarkan kekuatan yang dikeluarkan meteor itu 20 kali kekuatan bom atom Hiroshima, walaupun benda angkasa itu meletup di altitud yang lebih tinggi.

Ilmuwan dari Jet Propulsion Laboratory NASA, Amy Mainzer, mengatakan, atmosfera Bumi menjadi semacam satu perisai. Mainzer menjelaskan, gelombang kejut yang ditimbulkan memang menghancurkan kaca, tetapi "atmosfera menyerap sebahagian besar tenaga itu."

Jurucakap Kementerian Situasi Tanggap Darurat Vladimir Purgin mengatakan, banyak mangsa terkena pecahan kaca kerana mereka berdiri sangat dekat dengan tingkap untuk melihat punca cahaya yang menyilaukan, yang bahkan lebih terang dari matahari itu.

Sampai saat ini belum ada laporan soal adanya korban tewas dalam peristiwa yang sangat langka itu.

* Sumber kompas.com


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP