Kerbau terselamat dari diSembelih
Tweet
BANGKOK 24 Feb. - Seekor kerbau di Thailand berjaya diselamatkan daripada disembelih, selepas gambarnya disiarkan dalam laman web Facebook.
Apa yang lebih menarik, kerbau yang mempunyai tanduk sepanjang 2.3 meter itu yang dikenali sebagai Ruam Boon dilaporkan akan berlakon dalam filem pula.
Koperasi Filem, Muzik, Seni dan Komunikasi membeli Ruam Boon yang berusia 19 tahun itu dari sebuah kedai penyembelihan di daerah Muang, semalam pada harga 100,000 baht (RM10,000).
Pengerusi syarikat itu, Aroon Ongloar berkata, mereka mengambil keputusan untuk menyelamatkan kerbau itu kerana dia mempunyai tanduk yang cantik selepas melihat gambarnya dalam Facebook.
''Wang digunakan untuk membeli haiwan ini dikumpul oleh ahli-ahli koperasi yang tertarik dengan kecantikan tanduk kerbau itu,'' katanya.
Beliau berkata, Ruam Boon akan dibawa ke Assawin Production House di Nong Khaem, Bangkok untuk diberi latihan sebelum berlakon dalam filem.
- AGENSI
'Ruam Boon' dalam Kandang di Nakhon Ratchasima sebelum dibawa ke sebuah rumah pengeluaran filem di Bangkok. (Gambar oleh Prasit Tangprasert)
Apa yang lebih menarik, kerbau yang mempunyai tanduk sepanjang 2.3 meter itu yang dikenali sebagai Ruam Boon dilaporkan akan berlakon dalam filem pula.
Koperasi Filem, Muzik, Seni dan Komunikasi membeli Ruam Boon yang berusia 19 tahun itu dari sebuah kedai penyembelihan di daerah Muang, semalam pada harga 100,000 baht (RM10,000).
Pengerusi syarikat itu, Aroon Ongloar berkata, mereka mengambil keputusan untuk menyelamatkan kerbau itu kerana dia mempunyai tanduk yang cantik selepas melihat gambarnya dalam Facebook.
''Wang digunakan untuk membeli haiwan ini dikumpul oleh ahli-ahli koperasi yang tertarik dengan kecantikan tanduk kerbau itu,'' katanya.
Beliau berkata, Ruam Boon akan dibawa ke Assawin Production House di Nong Khaem, Bangkok untuk diberi latihan sebelum berlakon dalam filem.
- AGENSI


0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan