Lelaki yang sering Gelisah akan merosot kesuburannya
Tweet
London: Kualiti sperma yang dihasilkan lelaki didapati amat dipengaruhi keadaan psikologi mereka termasuk tekanan.
Kajian terbaru membuktikan tekanan dan kegelisahan akan menyebabkan sperma lemah serta tidak mampu bergerak dengan lebih cepat.
Kajian sekumpulan Hospital Eropah membabitkan 94 lelaki dewasa yang mengunjungi klinik kesuburan buat kali pertama membuktikan hipotisis ini.
Secara perbandingan kajian turut membabitkan 85 lelaki sihat yang tidak mempunyai masalah kesuburan.
Setiap peserta menghantar sperma mereka untuk kajian kualiti dan kadarnya di makmal. Sementara peringkat tekanan dan kegelisahan mereka turut diambil kira dalam kajian berkenaan.
Kira-kira 28 lelaki berada dalam peringkat tekanan paling rendah, manakala 40 orang pada peringkat tinggi.
Secara perbandingan sperma lelaki dengan peringkat tekanan dan kegelisahan tinggi memiliki kadar serta jumlah yang lebih rendah. Malah, sperma mereka juga didapati malas untuk bergerak. - AGENSI
* Sumber BH
* imej google
Kajian terbaru membuktikan tekanan dan kegelisahan akan menyebabkan sperma lemah serta tidak mampu bergerak dengan lebih cepat.
Secara perbandingan kajian turut membabitkan 85 lelaki sihat yang tidak mempunyai masalah kesuburan.
Setiap peserta menghantar sperma mereka untuk kajian kualiti dan kadarnya di makmal. Sementara peringkat tekanan dan kegelisahan mereka turut diambil kira dalam kajian berkenaan.
Kira-kira 28 lelaki berada dalam peringkat tekanan paling rendah, manakala 40 orang pada peringkat tinggi.
Secara perbandingan sperma lelaki dengan peringkat tekanan dan kegelisahan tinggi memiliki kadar serta jumlah yang lebih rendah. Malah, sperma mereka juga didapati malas untuk bergerak. - AGENSI
* Sumber BH


0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan