Parah diserang suami cemburu
Tweet
Jakarta: Seorang wanita parah apabila diserang suami sendiri kerana cemburu.
Sulinda dilapor ditikam di punggung, kaki dan tangan. Lebih teruk lagi, tindakan suaminya, Ropi’i menyebabkan urat nadi tangan kiri mangsa putus dan pergelangan kaki kirinya patah. Kepalanya juga luka selepas ditetak dengan parang.
Kejadian berlaku di rumah keluarga si suami di Kampung Karangsembung, di daerah Brebes, Jawa Tengah.
Ibu Ropi’i, Rokhana berkata, serangan itu berlakuselepas pasangan suami isteri yang berkahwin enam bulan lalu baru pulang dari Jakarta.
“Mereka tidak menunjukkan sebarang tanda perkelahian apabila tiba di rumah. Tiba-tiba mereka bertengkar di dalam bilik dan Sulinda meluru keluar sambil meraung dengan darah membasahi tubuh,” kata Rokhana. Ropi’i menghilangkan diri sejak kejadian itu.
Dalam keterangannya kepada polis di hospital, Sulinda berkata, dia sering bertengkar dengan suami yang kerap mengancam hendak membunuhnya.
“Saya tidak menghiraukan ancaman itu. Tetapi pada hari itu, dia betul-betul marah,” kata wanita itu.
Polis yang melancarkan gerakan memburu Ropi’i percaya lelaki itu kini berada di Jakarta.
- Agensi

0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan