GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 22 Februari 2013

Parkir Paling Bahaya di Dunia


Lereng gunung berapi Eyjafjallajvkull

Setelah sebelumnya membincangkan letak kereta yang mahal dan canggih di dunia, kini giliran mengetahui tempat letak kereta yang paling berbahaya di dunia.

Jawapan adalah lereng gunung berapi Eyjafjallajvkull, di Iceland. Bayangkan saja, kereta-kereta itu diletakkan di bawah bayang-bayang gunung berapi yang menumpahkan lava cair bersuhu 1,200 darjah celcius.

Para pemandu yang berani ini sengaja memarkirkan kereta 4WD-nya di jalur cecair kental yang dituangkan ke lereng gunung berapi yang menyebabkan gangguan besar di seluruh Eropah saat terakhir kali meletus pada 2010, dan memuntahkan abunya ke atmosfera.

Bahkan, mereka sampai keluar dari kereta untuk melihat lebih dekat pada aliran lava, atau sekitar setengah meter dari cecair yang mematikan ini.

Adalah Kristjan Freyr rastarson, seorang mahasiswa berusia 25 tahun yang ikut serta dalam rombongan pencari sensasi tersebut.

Tak ingin menyianyiakan momen langka itu, ia langsung mengabadikan dengan kamera. Hasilnya, selepas gambar-gambar menakjubkan ini diposting talian langsung menjadi popular di internet.

Bahkan, hanya dalam beberapa hari telah menerima 300,000 hit, jumlah yang hampir sama dengan seluruh penduduk Iceland.

Kristjan mengaku menghabiskan tiga jam perjalanan di glasier yang berbahaya dalam cuaca panas terik untuk mencapai tempat itu

"Suara-suara itu benar-benar mengesankan, terdengar seperti bunga api yang kuat. Saya merasa takjub boleh mengalami sesuatu seperti itu," kenangnya.

* Sumber VIVAnews.com


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP