GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 22 Februari 2013

Perempuan tak Kahwin melebihi Umur 27 tahun di gelar sebagai perempuan sisa ?


Wanita yang masih bujang pada usia di atas 27 tahun disebut sheng nu

Perempuan di atas usia 27 tahun yang belum berkahwin di China disebut "perempuan sisa" oleh negara dalam enam tahun terakhir. Bancian terakhir di China menunjukkan, sekitar satu dari lima perempuan berusia 25-29 tahun belum berkahwin.

Laman kerajaan untuk kelompok Persekutuan Perempuan China juga menyebut perempuan yang belum berkahwin di atas 27 tahun sebagai "sisa". Sebutan di laman Persekutuan Perempuan itu kemudian dicabut selepas sejumlah perempuan mengajukan keluhan.

Sebutan sheng-nu atau perempuan sisa bermula tahun 2007, tahun yang sama apabila kerajaan memberi amaran tidak imbangnya jumlah perempuan dan laki-laki kerana pengguguran akibat polisi satu anak.

"Sejak tahun 2007, media kerajaan secara agresif menggunakan istilah ini dalam kajian, berita, medan, karton, dan gambar untuk memberikan stigma perempuan berpendidikan di atas 27 tahun atau 30 yang masih sendiri," kata Leta Hong-Fincher, seorang warga Amerika yang tengah mengambil gelar doktor di Universiti Tsinghua, di Beijing.

Lebih banyak lelaki

Huang Yuanyuan, seorang perempuan yang akan menginjak usia 29 tahun dan bekerja di stesen radio di Beijing, menyatakan bimbang dan menghadapi tekanan untuk berkahwin. "Menakutkan .. saya khuatir .... Saya masih sendiri, tidak punya pacar. Saya menghadapi tekanan besar untuk berkahwin," kata Huang.

Huang-lulusan S-2 salah satu universiti terkenal di China-telah memiliki rumah sendiri. Namun, sebutan sheng nu baginya tetap menyakitkan.

Jumlah lelaki yang belum berkahwin pada usia di atas 27 tahun sebenarnya lebih tinggi, tetapi nampaknya tidak menjadi masalah kerana lelaki China cenderung untuk berkahwin dengan perempuan yang lebih muda.

Data pada biro statistik China menunjukkan, lelaki yang berusia di bawah 30 tahun lebih banyak 20 juta jiwa berbanding perempuan pada usia itu.

* Sumber kompas.com


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP