GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 17 Februari 2013

Sudah 590 Orang Jadi Korban Meteor


RUSIA - Meteor yang meletup di atas langit Kota Chelyabinsk, di wilayah Ural, bahagian tengah Rusia, Jumat (15/2/2013) pagi tadi dianggarkan seberat 10 tan hingga 11 tan.

Akademi Sains Rusia, dalam kenyataan rasminya, juga menyatakan, meteor tersebut memecut dengan kelajuan supersonik hingga 54.000 kilometer perjam. Kemudian, apabila berada di ketinggian 30-50 kilometer di atas permukaan tanah, meteor tersebut meletup.

Ledakannya yang kuat sehingga memporak-perandakan daerah di bawahnya. Laporan terkini, tak kurang dari 500 orang luka-luka dan tiga kritis. Umumnya, mereka terluka terkena pecahan kaca bangunan akibat getaran yang sangat kuat. Data yang terkini, jumlah korban mencapai 590 orang sepeti dikutip Russia Today oleh Kompas.com

Pemerintah Rusia langsung mengerahkan 20,000 pegawai tanggap bencana dan 3 helikopter untuk menyisir korban peristiwa tersebut.

Dianggarkan terdapat pecahan meteor yang jatuh sampai ke permukaan Bumi. Jurucakap tentera Rusia Yarslavl Roshuokin mengatakan dijumpai kawah bekas tumbukan meteor berdiameter 6 meter di dekat sebuah tasik di daerah Cherbakul.

Selain itu, sebuah pecahan meteor juga dijangka jatuh di kilang seng yang porak peranda bahagian atapnya kerana gelombang kejut apabila letupan berlaku. Atap kilang seluas 600 meter persegi tersekat.

Meteor meletup sekitar pukul 09.20 waktu setempat di saat penduduk mula melakukan aktiviti. Beberapa orang sempat merakam detik-detik menjelang letupan dan mengunggahnya di YouTube.

Saat meteor meletup, dilaporkan sempat terjadi perubahan suhu di sekitar lokasi dari -6 darjat menjadi -18 darjah Celcius dan gelap beberapa saat. Letupan juga sempat memutuskan perkhidmatan telekomunikasi. telinganya.

* Sumber tribunnews.com


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP