GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 25 Februari 2013

Tragis! Pengantin Baru Maut terjatuh dari Bilik Hotel ketika Bulan Madu


Death on honeymoon: Abbie Emmett died in Dubai

Dubai, - Tragis! Seorang pengantin baru berasal dari Inggeris maut ketika berbulan madu di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Wanita berumur 27 tahun itu dipercayai terjatuh dari bilik hotelnya.

Abbie Emmett maut hanya beberapa hari selepas dia dan suami barunya, Sean (43) tiba di Dubai menyusul perkahwinan mereka di Afrika Selatan. Suami Emmett merupakan bekas pemandu profesional Grand Prix. Emmett telah berkahwin dengan duda tiga anak itu sekitar dua minggu lalu di Cape Town, Afrika Selatan.

Polis Dubai masih terus menyiasat kematian wanita berumur 27 tahun itu. Dia dilaporkan terjatuh dari atas tingkap bilik hotel tempat pasangan itu malam pada Selasa, 19 Februari lalu.

Sebelum perkahwinan mereka, pasangan tersebut telah tinggal bersama di sebuah flat di Addlestone, Surrey, England. Korban dikenal dekat dengan para tetangga.

"Saya berasa sangat sedih. Dia masih begitu muda. Ini menyedihkan bagi semua orang," ujar seorang jiran bernama Nicolene turvey (27) seperti diberitakan Daily Mail, Isnin (25/2/2013).

Seorang teman menyebut Abbie sebagai wanita yang baik. "Abbie orang yang menyenangkan. Kami telah berkawan selama bertahun-tahun," ujarnya.

"Saya tak percaya apabila mendengar apa yang telah terjadi. Saya dengar dia terjatug dari jendela di hotel mereka ketika mereka berbulan madu. Mereka baru sahaja berkahwin beberapa minggu lalu, ketika mereka berada di Cape Town," tambahnya.

Belum ada keterangan lebih jauh mengenai kematian Abbie serta apakah kematiannya merupakan kes bunuh diri, kemalangan atau yang lain.

* Sumber detiknews.com

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP