GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 16 Februari 2013

Wanita kahwin pembunuh saudara kembar


Casas (kiri) bersama Cingolani  sebelum perkahwinan mereka.Casas (kiri) bersama Cingolani sebelum perkahwinan mereka.
BUENOS AIRES: Seorang wanita mengahwini pembunuh saudara kembarnya di Argentina pada satu majlis sempena Hari Kekasih yang bukan saja ditentang keluarganya tetapi juga jirannya. 

Orang ramai berkumpul di luar pejabat pendaftaran sivil, lokasi perkahwinan diadakan, sambil melempar batu dan telur. 
Pengantin perempuan, Edith Casas, 23, berkata Victor Cingolani tidak membunuh saudara kembarnya, Johana, dua tahun lalu walaupun disabitkan kesalahan dan dipenjarakan 13 tahun. 


Pengantin lelaki berkata, beliau tidak bersalah dan akan dibebaskan dengan rayuan. 

Kedua-duanya mahukan anak tetapi terpaksa menunggu Cingolani, 28, dibawa kembali ke penjara dengan tangan bergari selepas upacara itu. 

Edith Casas menanti selama beberapa jam sehingga orang ramai bersurai dan selamat untuknya meninggalkan pejabat pendaftaran. 

Ibu halang perkahwinan 
Ibu Casas, Marcelina del Carmen Orellana menuduh anaknya itu gila dan berusaha menghalang perkahwinan itu tetapi hakim mendapati Edith boleh membuat keputusan sendiri. 

Mayat Johana Casas ditemui di sebuah padang di bandar Pico Truncado di wilayah Santa Cruz pada 2010 dengan dua kesan tembakan di kepala. - AP
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP