GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 21 Mac 2013

Aktor India Sanjay Dutt Dijatuhi Hukuman Penjara Miliki Senjata Secara Haram


Sanjay Dutt ketika meninggalkan mahkamah khas pada 2006 selepas perbicaraan dakwaan memiliki senjata secara haram yang dikaitkan dengan pengeboman di Mumbai pada 1993. -foto AP
NEW DELHI: Mahkamah Agung India menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap pelakon Bollywood Sanjay Dutt atas kesalahan memiliki senjata secara haram dalam kes berkaitan pengeboman pada 1993 yang membunuh seramai 257 orang di Mumbai.
Mahkamah, pada Khamis mengarahkan Dutt menyerah diri kepada pihak polis dalam tempoh empat minggu atas pertuduhan memiliki pistol dan tiga senapang automatik yang telah dibekalkan kepadanya oleh lelaki yang kemudiannya disabitkan dengan satu siri pengeboman.
Kes pelakon ini adalah sebahagian daripada perbicaraan pengeboman di Mumbai yang telah berlarutan selama 18 tahun.
Dutt berkata tidak tahu apa-apa tentang plot pengeboman dan meminta senjata untuk melindungi keluarganya selepas menerima ancaman semasa rusuhan puak di Mumbai.
Dutt telah menjalani hukuman penjara 18 bulan pada tahun 2007.
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP