GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 21 Mac 2013

Anggota Parlimen bergaduh


SEJUMLAH wakil rakyat bergaduh di dalam bangunan Parlimen di Kiev kelmarin.

KIEV - Sejumlah wakil rakyat di Parlimen Ukraine bertumbuk dan menarik rambut sesama mereka semasa satu sesi perdebatan berlangsung di sini kelmarin.

Kejadian itu berlaku apabila seorang ketua wakil rakyat daripada sebuah parti pemerintah, Oleksandr Yefremov berucap dalam bahasa Rusia.
Yefremov kemudian disindir oleh wakil rakyat pembangkang yang mahu dia bercakap dalam bahasa Ukraine.
Wakil rakyat pembangkang dan pemerintah kemudian saling sindir-menyindir menyebabkan pergaduhan tersebut berlaku.
Speaker Parlimen, Volodymyr Rybak kemudian menjerit meminta pergaduhan tersebut dihentikan.
Bagaimanapun, sesi perbahasan itu disambung semula selepas sejam ditangguhkan ekoran kejadian itu setelah semua wakil rakyat berkenaan berhenti bergaduh. 
- Agensi ( kosmo! Online )

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP