Bayi maut tersedak susu
Tweet
Alor Gajah: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia selepas dipercayai tersedak susu di rumahnya di Taman Seri Sutera, Pengkalan di sini, semalam.
Dalam kejadian itu kira-kira jam 7 pagi, T Wesnevy ditemui dengan darah keluar dari mulut dan hidung oleh ibunya yang baru bangun tidur.
Wesnevy, anak tunggal pasangan M Tamilselvan, 22, dan T Thandiswari, 19, dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah (HAG).
Anak menangis jam 3 pagi
Thandiswari berkata, sebelum kejadian dia terjaga daripada tidur selepas anaknya menangis kira-kira jam 3 pagi.
Saya kemudian membuat susu dan menepuk belakang badan Wesnevy sebelum tidur semula.
Bagaimanapun, selepas terjaga daripada tidur saya mendapati anak saya tidak lagi bergerak, selain melihat darah keluar dari mulut dan hidungnya, sebelum mengejutkan suami, katanya ditemui di sini.
Bergegas ke HAG
Thandiswari berkata, bimbang dengan keadaan bayinya itu, beliau bersama suami bergegas membawa Wesnevy ke HAG untuk pemeriksaan.
Sejurus tiba di hospital berkenaan, pegawai perubatan di situ memaklumkan bayi saya sudah meninggal dunia, katanya yang baru setahun mendirikan rumah tangga.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan kematian bayi berkenaan yang disyaki akibat tersedak susu.
Katanya, bayi itu disahkan meninggal dunia di HAG kira-kira jam 7.30 pagi.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat bayi terbabit dibawa ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat, katanya.
* Sumber BH
Thandiswari tidak dapat menahan kesedihan berikutan kematian Wesnevy (gambar kecil) di Hospital Alor Gajah, Melaka, semalam. - Foto Arifin Salleh
Alor Gajah: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia selepas dipercayai tersedak susu di rumahnya di Taman Seri Sutera, Pengkalan di sini, semalam.
Dalam kejadian itu kira-kira jam 7 pagi, T Wesnevy ditemui dengan darah keluar dari mulut dan hidung oleh ibunya yang baru bangun tidur.
Anak menangis jam 3 pagi
Thandiswari berkata, sebelum kejadian dia terjaga daripada tidur selepas anaknya menangis kira-kira jam 3 pagi.
Saya kemudian membuat susu dan menepuk belakang badan Wesnevy sebelum tidur semula.
Bagaimanapun, selepas terjaga daripada tidur saya mendapati anak saya tidak lagi bergerak, selain melihat darah keluar dari mulut dan hidungnya, sebelum mengejutkan suami, katanya ditemui di sini.
Bergegas ke HAG
Thandiswari berkata, bimbang dengan keadaan bayinya itu, beliau bersama suami bergegas membawa Wesnevy ke HAG untuk pemeriksaan.
Sejurus tiba di hospital berkenaan, pegawai perubatan di situ memaklumkan bayi saya sudah meninggal dunia, katanya yang baru setahun mendirikan rumah tangga.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan kematian bayi berkenaan yang disyaki akibat tersedak susu.
Katanya, bayi itu disahkan meninggal dunia di HAG kira-kira jam 7.30 pagi.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat bayi terbabit dibawa ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat, katanya.
* Sumber BH


0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan