GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 16 Mac 2013

Lagi foto dakwa 'aksi mesra' lelaki mirip Anwar Ibrahim


SHAH ALAM - Dalam perkembangan terbaru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), satu lagi siri 'serangan' ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebar dengan meluasnya di alam maya - seminggu selepas bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat kenyataan mempertahankan Ketua Pembangkang itu.

Kali ini, blog http://rajagoyang360.blogspot.com yang baru memuatkan satu sahaja entri di blog berkenaan memaparkan 13 gambar perlakuan intim seorang lelaki mirip Anwar dan seorang lelaki lain.

Tidak menulis nama Anwar di dalam blog itu, namun gambar-gambar yang dipaparkan lebih difokuskan ke arah lelaki yang mirip Anwar berbanding seorang lagi lelaki dalam gambar berkenaan.

Seperti sebelum-sebelum ini gambar "Anwar" lebih jelas seolah-olah kamera dihala untuk merakam wajah Ketua Umum PKR itu.

Sebanyak 13 keping gambar yang menunjukkan beberapa aksi bermula ketika 'Anwar' tiba dan 'bermesra'  dengan seorang lelaki di dalam sebuah premis itu ditandakan sebagai "part 1".

Entri bertajuk "Aksi Si Raja Goyang" yang merujuk kepada Anwar itu dimuat naik pada 14 Mac dan telah menerima lebih 170 komen sehingga semalam.

Blogger terkenal Papa Gomo turut memuat naik entri berkenaan dan menghubungkan link kehttp://rajagoyang360.blogspot.com
 bagi melihat artikel asal.

Anwar pada 2011 pernah dikaitkan dengan sebuah video lucah seorang lelaki mirip dirinya dengan seorang wanita yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara oleh kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Datuk T.

Anwar menafikan lelaki dalam video itu adalah dirinya mendakwa ia satu rekayasa jahat musuh politik beliau.

Datuk T kemudian melakukan sumpah laknat bagi membuktikan individu dalam video berkenaan adalah Anwar.

Anwar sebelum itu juga pernah dikaitkan dengan kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada awal tahun lalu bagaimanapun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Pada 8 Mac lalu, Azlan mendakwa tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar adalah fitnah dan pihak tertentu telah menggunakan anaknya bagi tujuan itu.
* Sumber sinarharian


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP