GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 13 Mac 2013

Pencerobohan Lahad Datu : Kisah penduduk Tg Batu,8 jam ditawan'

Alimudin

LAHAD DATU - Bayangkan sekiranya kita ditawan oleh kumpulan bersenjata yang tidak diketahui asal usulnya... Begitulah yang berlaku kepada lebih 30 penduduk Tanjung Batu dekat sini pada 1 Mac lalu.
"Senjata api dipegang kejap. Kami takut. Bimbang. Jika senapang picu senapang dipetik sudah pasti nyawa kami melayang...

"Seorang penduduk kampung marah-marah. Tidak puas hati dengan kemunculan penceroboh yang mengacau kehidupan aman kami. Dia merengus.

"Sepantasnya penceroboh itu menghampirinya. Parang panjang di tangan diacu ke leher penduduk kampung itu. Kami yang melihat terasa gerun."

Detik-detik cemas itu dilalui hampir lapan jam oleh penduduk Tanjung Batu, apabila mereka diarahkan meninggalkan rumah dan berkumpul di satu kawasan lapang bagi memudahkan kawalan.

Itulah diceritakan Alimudin Abdullah, 60-an, selepas dia dan penduduk kampungnya ditawan sekumpulan lebih 30 penceroboh bersenjata yang mendakwa diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

Mengimbas kembali, Alimudin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, kebanyakan penduduk kampung menuruti arahan penceroboh kerana dikhuatiri mereka bertindak ganas.

“Kebanyakan mereka memiliki senjata api. Ada juga bawa parang. Tetapi ketika itu suasana masih gelap. Subuh. Cahaya sekadar berbalam-balam. Saya tidak dapat mengenalpasti wajah mereka. Jumlah mereka agak ramai,” katanya ketika ditemui di
pusat pemindahan sementara Dewan Embara, Felda Sahabat 17.

Warga emas separuh abad itu juga menceritakan bagaimana sebahagian penduduk kampung sanggup mengambil risiko melarikan diri.

“Mereka suruh kami memasak bersama mereka pada hari berkenaan. Kami bagi alasan untuk pulang ke rumah mengambil bahan mentah. Mereka izinkan.

"Nasib kami baik sebab mereka tidak mengekori. Jadi peluang itu kami gunakan untuk larikan diri,” katanya.

Alimudin antara yang sempat menyelamatkan diri sebelum menerima bantuan pihak berkuasa.

"Lapan jam ditawan terasa nyawa berada di hujung senjata," kata Alimudin.


* Sumber sinarharian


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP