GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 20 Mac 2013

Pencerobohan Lahad Datu : Lapan pengganas didakwa


LAHAD DATU: Lapan daripada 108 pengganas didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 130 K(A) dan Seksyen 121 Kanun Keseksaan dan pendakwaan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu. 
Bagaimanapun, tiadak pengakuan direkodkan dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar dan Shukor Abu Bakar.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada satu sidang akhbar di Felda Sahabat, pagi ini, mendakwa semua 108 disyaki pengganas itu akan didakwa.
Foto
ANGGOTA polis mengawal keadaan di Mahkamah Tawau. Lapan daripada 108 sudah didakwa. FOTO Mohd Radzi Bujang.
Beliau berkata, IPD Lahad Datu dijadikan dijadikan mahkamah sementara atas faktor keselamatan.
Selain itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dilihat tiba di IPD Lahad Datu, kira-kira 11.30 pagi tadi. Hakim Mahkamah Sesyen, Duncan Sikodol dari Mahkamah Kota Kinabalu serta M Raja Linggam dari Mahkamah Sesyen Lahad Datu juga berada di situ. 

Kesemua pengganas yang ditahan di beberapa daerah termasuk Lahad Datu dan Semporna didakwa mengikut akta itu berikutan disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas militan yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu. 

Difahamkan, kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau selepas ini.
* Sumber MyMetro

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP