GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 20 Mac 2013

Pencerobohan Lahad Datu : Pengganas wanita tawan rumah


PEMANDANGAN di sekitar Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu yang menjadi tempat pengganas Sulu berkubu sekarang. Kedua-dua kampung tersebut berlatarbelakangkan Laut Sulu yang memisahkan Sabah dengan selatan Filipina.

LAHAD DATU - Seorang penduduk Kampung Tanjung Batu dekat sini melalui saat genting dan menakutkan selama 28 jam apabila dijadikan tebusan selepas rumahnya ditawan 22 pengganas Sulu termasuk dua wanita bersenjatakan senjata api dan parang pada 4 Mac lalu.

Peristiwa mendebarkan yang menentukan hidup atau mati Hamzah Arsan,52, itu berlaku pada pukul 8 pagi apabila dua pengganas wanita memasuki rumahnya ketika insiden pencerobohan di sini yang bermula pada 12 Februari lalu sampai ke kemuncaknya.
Ini kerana, beberapa hari sebelum itu, seramai lapan anggota pasukan keselamatan terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh di Kampung Tanduo di sini dan Kampung Srijaya, Semporna manakala musuh yang mati pula seramai 18 orang.
Difahamkan, pengganas wanita itu digambarkan sebagai berbadan sederhana, kusut masai, kelaparan, sentiasa menundukkan muka dan hanya bercakap untuk meminta makanan. Mereka menggunakan bahasa Suluk.
Menceritakan semula kejadian itu, Hamzah berkata, sebaik sampai, dua pengganas wanita bersenjatakan parang tersebut terus naik ke rumahnya mengatakan mereka mahu tidur.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP