GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 14 Mac 2013

Remaja ini nak jual buah pinggang untuk ubati penyakit bapanya


Fahmi Rahardiansyah
Tangerang: Seorang pemuda Fahmi Rahardiansyah , 19, menawarkan buah pinggangnya dengan harga Rp50 juta (RM16,037) dalam usaha untuk membiayai kos perubatan bapanya.
“Saya terdesak. Untuk mengubati bapa yang sakit teruk,” katanya dalam tawaran itu yang diiklankannya di Internet.
Ketika dihubungi wartawan, pemuda berkenaan berkata, bapanya, Muhammad Dicky Ahmadi, 60, menghidap penyakit darah tinggi yang teruk dan semakin tenat.
“Saya mahukan dia sihat semula. Tetapi kos perubatan sungguh mahal,” katanya. - Detik Menurutnya, pendapatan keluarganya tidak cukup untuk menampung kos berkenaan.
Pemuda itu yang menamatkan pengajian sekolah menengah di Bandung tahun lalu dan kini bekerja di sebuah kilang kain berkata: “Gaji saya hanya Rp1 juta sebulan. Pencen bapa pula Rp800,000. Tidak cukup untuk membiayai ubat bapa.” Sehingga ini dia masih belum menerima sebarang tawaran untuk membeli buah pinggangnya itu.
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP