GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 12 April 2013

Dua Daripada 32 Rakyat Filipina Yang Ditahan Di Perairan Sabah Dipercayai Calon Datuk Bandar Tawi-Tawi


imej google
KOTA KINABALU: Polis percaya dua daripada 32 rakyat Filipina yang ditahan di perairan Sabah, kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, Lahad Datu awal pagi Isnin lepas, adalah calon mayor dan naib mayordi kepulauan Tawi-Tawi, selatan Filipina.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis sedang menunggu pengesahan dari kedutaan Filipina di Kuala Lumpur sebelum mengambil tindakan selanjutnya termasuk membebaskan mereka.
"Polis telah mengenal pasti identiti 32 orang yang ditahan, mereka ini dari selatan Filipina dan tujuan mereka ini seperti yang mereka kata nak pergi ke Taganak (selatan Filipina), tetapi malangnya menurut mereka kapal yang mereka naiki mengalami masalah dan telah memasuki perairan kita.
"Bagaimanapun, tangkapan ini dibuat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Kami sudah buka kertas siasatan dan kamiakan rujuk kertas siasatan ini kepada Timbalan Pendakwa Raya dan kami akan syortidak ada pertuduhan dibuat," katanya.
Hamzah berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas laporanmedia Filipina (Mindanews) pada Rabu mengenai perkara itu.
Terdahulu beliau menerima sumbangan RM27,736.85 daripada kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk Tabung Perwira Negara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini. Khamis.
Akhbar Mindanews itu dipetik sebagai berkata bahawa polis Malaysia menahan 32 calon Parti Liberal dan penyokong mereka yang dalam perjalanan ke Turtle Islands untuk kempen calon gabenor Nurbert M. Sahali.
Laporan itu menyebut bahawa mereka yang ditahan termasuk Romel Matba dan Amman Matba, calon yang akan bertanding untuk jawatan mayor dan naib mayor bandar Languyan (Tawi-Tawi).
Turut bersama mereka ialah calon majlis perbandaran Languyan iaitu HabibBaginda Tambutoh, Manny Maraji, Abubakar Ibrahim dan Berhamin Abubakar sertapolis pengiring Hassan Abdilla.
Hamza berkata beliau telah menulis surat kepada kedutaan Filipina di Malaysia untuk mendapatkan pengesahan mengenai beberapa perkara, antaranya adakah seorang daripada mereka adalah pegawai keselamatan Filipina.
"Kami juga mahu pengesahan sama ada dua daripada yang ditahan itu akan bertanding sebagai calon (mayor di Tawi-Tawi) dan adakah mereka datang (ke sini) dengan tujuan yang dinyatakan (melalui keterangan yang dibuat kepada polis Sabah).
"Kalau kami dapat pengesahan rasmi daripada kedutaan Filipina mungkin tidaklama lagi mereka akan dibebaskan," katanya.
Ketika menahan 32 rakyat Filipina itu, pasukan keselamatan Malaysia turut merampas pelbagai senjata seperti senjata api, barong dan kapak serta beberapa dokumen yang dibawa kumpulan lelaki itu.
-BERNAMA

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP