GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 11 April 2013

#PRU13 : Aishah Mahu Artis Ikut Lunas Islam


Aishah sudah bersedia untuk berkempen dan meminta para peminat dapat menyokong perjuangannya. Foto SHAARI CHE MAT
BAHAU: Penyanyi Aishah mahu dunia seni dapat digerakkan mengikut lunas-lunas seperti yang dipraktikkan dalam Islam.
Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 48, berkata, sekiranya dia memenangi kerusi Parlimen Jempol dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) kali ini, dia akan menggunakan kuasa yang ada untuk tujuan berkenaan.
"Dunia hiburan punya pengaruh yang besar dan kita dapat sampaikan mesej dakwah itu melalui dunia seni," katanya kepada mStar Online di sini.
Aishah ditemui pada majlis pengumuman calon PAS untuk kerusi Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Sembilan di Muasassah Darul Syarif, Jalan Batu Kikir, di sini malam Rabu.
Pengumuman dilakukan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut disaksikan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.
Hadir sama beberapa pemimpin PAS negeri. Aishah yang popular dengan lagu Janji Manismu dan Camar Yang Pulang berkata, dia mahu melihat lebih ramai golongan artis memiliki ilmu agama dan menggunakan populariti yang ada untuk menyebarkannya kepada orang ramai.
Malah katanya, jika hiburan itu dihasilkan sehingga berjaya mendekatkannya dengan Islam, ia akan menjadi sesuatu yang lebih baik.
Dalam pada itu Aishah berkata dia sudah bersedia untuk berkempen dan meminta para peminat dapat menyokong perjuangannya.
"Saya minta sokongan dan saya minta tunjuk ajar daripada semua. Sama-samalah kita bekerja untuk usaha ini (memenangi pilihan raya)," katanya yang kelihatan agak penat menyertai politik.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP