GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 16 April 2013

#PRU13 : MB Kedah ditentang sepupu sendiri

Datuk Seri Azizan Abdul Razak

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan ditentang sepupunya sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jika beliau kekal bertanding di kerusi Dun Sungai Limau.
  
Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini mengumumkan sepupu Azizan, Mohd Fadzillah Mohd Ali, 55, seorang arkitek dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerai, sebagai calon BN kerusi Dun itu. 

  
Mohd Fadzillah, yang merupakan antara 19 muka baharu BN yang akan bertanding 
di kerusi Dun di negeri jelapang padi ini, berkata beliau bersedia untuk berhadapan dengan sepupunya itu yang juga pesuruhjaya Pas Kedah.
  
Walaupun Azizan merupakan wakil rakyat Dun Sungai Limau sejak Pilihan Raya U
mum 1995, Mohd Fadzillah yakin dapat merampas kerusi Dun itu daripada Pas kerana beliau membantu membawa pembangunan di kawasan itu walaupun merupakan muka baru dalam PRU.
  
"Saya sudah menjadi penyelaras di Dun Sungai Limau lebih kurang tiga tahun 
dan mempunyai pengalaman dalam membawa pembangunan kerajaan persekutuan ke kawasan ini," katanya.

Mohd Fadzillah yang berasal dari Sungai Limau berkata pengalamannya sebagai seorang arkitek juga banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja dalam Dun itu, dan masyarakat di situ mengenali beliau.
  
Walaupun berlainan parti politik, Mohd Fadzillah berkata beliau mempunyai 
hubungan yang rapat dengan Azizan dan sering berhubung dengan sepupunya itu.
  
"Saya percaya BN lebih baik daripada parti pembangkang. Apabila saya setuju 
bertanding menentang beliau (Azizan), ramai juga ahli keluarga yang tidak setuju. Bagi saya, ini soal pilihan raya dan hubungan saya dengan beliau ibarat air dicincang tidak akan putus," katanya. 
  
Beliau turut melahirkan penghargaan kepada pucuk pimpinan BN dan Umno 
yang memilihnya untuk bertanding kerusi Dun itu setelah bergiat aktif dalam bidang politik selama lebih 30 tahun.
  
Muka baru yang akan bertanding kerusi Dun Kuah, Nor Saidi Nayan, 42, pula 
adalah Ketua Pemuda Umno Langkawi, dan berasal dari Kampung Chandek Kura, Mukim Kedawang, Langkawi serta merupakan seorang pegawai kastam. 
  
Sementara itu, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid yang 
bertanding di kerusi Parlimen Padang Terap berkata beliau bersedia menghadapi siapa sahaja yang diketengahkan parti lawan.
  
Bekas Adun Pedu selama dua penggal sejak pilihan raya umum 2004 dan Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu berkata dengan bertanding di 
kerusi Parlimen menuntutnya menggandakan usaha bagi memastikan kemenangan BN sekali gus menawan semula Kedah daripada kerajaan Pas. 

- Bernama ( sinarharian)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP