Bekas isteri tuntut hutang ‘guna’ parang
Tweet
imej google
Georgetown: Angkara hutang lama dengan bekas isteri, seorang lelaki membuat laporan polis apabila hampir dicederakan seorang lelaki dalam kejadian di Relau, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku pada jam 3.30 petang ketika mangsa sedang memandu kereta seorang diri di jalan berkenaan sebelum dihampiri sebuah kereta lain.
Jurucakap polis berkata, mangsa kemudiannya mendapati kereta itu dinaiki seorang lelaki bersama seorang wanita yang juga bekas isterinya.
Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya mengarahkan mangsa berhenti di tepi jalan kononnya untuk berbincang.
Katanya, mangsa kemudian keluar dari kereta dan berjumpa lelaki terbabit yang kemudian membangkitkan isu hutang dengan bekas isteri yang masih belum dijelaskan.
“Mangsa memaklumkan tidak cukup wang untuk membayar hutang terbabit menyebabkan suspek ke kereta dan mengeluarkan parang dari bonet dan cuba menetak mangsa menyebabkannya melarikan diri,” katanya.
“Mangsa yang cuba meminta pertolongan orang ramai menyebabkan lelaki terbabit panik lalu melarikan diri,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang bimbang dicederakan lelaki terbabit kemudian membuat laporan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.
* Sumber myMetro


0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan