GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 17 Mei 2013

Bintang Bola Sepak David Beckham Umum Persaraan


David Beckham. Foto AFP
MANCHESTER: Bintang bola sepak David Beckham mengumumkan persaraan beliau pada Khamis selepas kariernya dilimpahi dengan trofi dan glamor sehingga mempunyai kesan di seluruh dunia dan di luar jangkauan bola sepak.
Bekas kapten England berusia 38 tahun itu, yang pada bulan ini membantu Paris St Germain (PSG) mencapai gelaran liga Perancis dan menambah gelaran kemenangan di England, Sepanyol dan Amerika Syarikat, akan meletakkan kasut butnya pada akhir musim ini.
"Saya berterima kasih kepada PSG kerana memberi peluang kepada saya untuk terus menyambung tetapi saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk menamatkan kerjaya saya, bermain di peringkat tertinggi," kata pemain tengah itu dalam satu kenyataan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan pasukan saya, pengurus yang terbaik yang saya berpeluang untuk belajar daripada beliau. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah menyokong saya dan memberikan saya kekuatan untuk berjaya."
Beckham yang merupakan anak kelahiran London ini memulakan kariernya di Manchester United, kelab yang disokongnya sejak kecil, membuat penampilan pertama dalam pasukan itu ketika berusia 17 pada tahun 1992. 
- REUTERS

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP