Dengan Bantuan Google Maps, Lelaki China Pulang Setelah 23 Tahun Diculik
Tweet
BEIJING - Seorang pemuda Sichuan, yang diculik ketika berusia lima tahun dan dibawa ke Wilayah Fujian, akhirnya bisa pulang ke rumahnya.
Selama bertahun-tahun, Luo Gang cuba mencari tahu kampung halamannya. Dan, dia berkata tidak akan boleh pulang ke rumahnya tanpa bantuan Google Maps.
Luo Gang, lahir di sebuah bandar kecil di Guanggan, Wilayah Sichuan, hilang saat berangkat ke sekolahnya 23 tahun lalu.
Orang tuanya yang sangat bersedih melakukan segala usaha untuk mencari anaknya kembali, tetapi tak berjaya. Akhirnya, mereka menyerah dan menerima pakai seorang anak perempuan.
Apa yang tidak diketahui kedua ibu bapa itu adalah putra mereka dibawa ke sebuah bandar di sebelah tenggara Provinsi Fujian, kira-kira 1,500 kilometer dari Sichuan.
Meski ibu bapa angkat Luo Gang sangat menyayangi dan menganggap dia seperti anak kandung mereka, tetapi keinginan untuk pulang kepada ibu bapa kandung selalu menghantui fikiran pemuda ini.
"Setiap hari sebelum tidur, saya memaksa diri saya untuk mengingat masa-masa hidup saya di rumah lama. Sehingga saya tidak akan lupa," kata Luo Gang.
Namun, satu-satunya hal yang diingat Luo Gang hanya dua jambatan yang dimiliki bandar asalnya.
Dia lalu membuat sebuah peta kasar kota asalnya berdasarkan apa yang diingatnya. Lalu dia menghantar peta buatannya itu ke "Membawa Pulang Bayi Hilang", sebuah laman web yang didedikasikan untul mencari anak-anak hilang melalui bantuan sukarelawan.
Tak lama selepas itu, seorang sukarelawan menulis surat mengandungi maklumat yang sangat berharga. Maklumat itu adalah tentang pasangan suami isteri di bandar Guanggan yang kehilangan anak mereka 23 tahun lalu. Waktu yang sesuai dengan masa penculikan Luo.
Kemudian Luo mencari gambar bandar Dongguan dan mendapati dia sangat mengenali foto-foto bandar tersebut. Untuk merawat rasa penasarannya, dia menyalakan versi satelit Google Maps.
Dia kemudian memperbesar kawasan yang dikenal dengan nama Yaojiaba berhampiran bandar Sichuan, yang diingatnya mempunyai dua buah jambatan.
"Itu dia! Itu dia! Itu rumah saya," Lao berteriak kegirangan saat menemukan kedua jambatan seperti yang diingatnya selama ini.
Singkat cerita, Luo akhirnya bertemu dan berkumpul kembali dengan kedua ibu bapa kandungnya di Sichuan.
"Selama bertahun-tahun, saya selalu menangis setiap hari memikirkan putra saya, yang mungkin saja kelaparan dan kedinginan," kata ibu Luo Gang.
Setakat ini tidak diketahui apakah ibu bapa angkat Luo Gang akan dikenakan dakwaan jenayah kerana menculiknya semasa kanak-kanak.
* Sumber kompas.com
Luo Gang (baju kotak-kotak) bertemu kembali dengan ayah ibunya setelah diculik selama 23 tahun

0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan