GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 22 Mei 2013

Lelaki Dituduh Rogol Gadis 13 Tahun Jadikan 'Perkahwinan' Elak Dijatuhkan Hukuman

imej google
KOTA KINABALU: Dia didakwa kerana mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis berusia 13 tahun dan melihat perkara itu sebagai tidak salah.
Riduan Masmud, 40 tahun yang mengejutkan negara selepas didakwa merogol kanak-kanak dan kemudian mengisytiharkan bahawa dia telah berkahwin ketika perbicaraan kes telah membuat pengakuan buat pertama kali mengapa dia memutuskan untuk mengambil gadis itu sebagai isteri kedua.
Pengurus restoran ini mempertahankan tindakannya sambil berkata ia merupakan kes 'Suka Sama Suka' sambil menambah bahawa ia boleh diterima di bawah undang-undang Syariah.
Namun tidak dapat dipastikan sama ada gadis itu bertemu Riduan ketika di sekolah atau sama ada dia telah bekerja dengannya. Gadis itu berasal dari keluarga yang sangat miskin.
Ketika kes rogol ini disebut di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, Riduan memberitahu pemberita bahawa dia telah mengenali gadis itu selama kira-kira enam bulan dan merasakan dia mempunyai hak (untuk berkahwin dengan gadis bawah umur).
"Terdapat banyak kes lelaki berkahwin dengan gadis bawah umur. Saya tidak nampak mengapa kes saya ada perbezaan," kata bapa kepada empat orang anak yang berusia antara dua dan 17 tahun.
Dia bagaimanapun enggan menyatakan sama ada terdapat mana-mana daripada anaknya itu adalah perempuan.
Riduan berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah selepas Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khatom Abd Samad menetapkan 1 hingga 4 Julai untuk pendengaran kes itu.
Hakim Ummu Khatom memberikan sehingga 6 Jun kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan sama ada untuk meneruskan kes itu.
Riduan didakwa pada 28 Februari di atas kesalahan merogol gadis di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Inanam, dekat sini pada pukul 10 pagi, 18 Februari.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP