GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 21 Mei 2013

Stesen kereta api termewah


REKA bentuk stesen itu akan membenarkan kemasukan sinaran matahari, tetapi penghawa dingin membolehkan pengguna merasa sejuk.
Riyadh: Pengguna kereta api bawah tanah London sudah pasti cemburu dengan gambar ini yang tidak lama lagi akan menjadi sistem kereta api antara bandar paling mewah di dunia.
Kelihatan lebih seperti berada di dalam hotel lima bintang, rangkaian yang dicadangkan di Riyadh, Arab Saudi itu akan mempunyai rekaan zaman angkasa dengan tempat laluan bermarmar, dinding bersalut emas dan berhawa dingin sepenuhnya.
Kawasan berkenaan akan direka untuk membolehkan cahaya memasukinya tetapi pada masa sama menghalang haba panas dari pancaran matahari.

Dalam pada itu, keseluruhan reka bentuknya bertujuan untuk mengingatkan mengenai bukit pasir yang membentuk muka bumi negara itu.
Lebih mengagumkan, rangkaian enam landasan berkenaan diarah untuk disiapkan oleh Raja Abdullah dalam masa hanya empat tahun.
RUANG pejalan kaki yang bermarmar membenarkan pengguna bergerak dengan selesa.
Tempoh itu sama dengan masa yang diambil untuk mengubah suai hanya sebuah stesen di New York.

Apa yang akan lebih mengecewakan pengguna kereta api di London ialah ciri utama sistem baru, sebuah persimpangan bertingkat tiga hala di stesen paling sibuk di Riyadh itu direka oleh arkitek warga Britain, Zaha Hadid yang menjadi tunggak di sebalik perkembangan projek pembangunan di seluruh dunia.

Pereka yang berpangkalan di London itu dan mempunyai darah keturunan Iraq adalah orang bertanggung jawab di sebalik pembangunan di Dataran Hoxton dan Eaton Place, di London selain projek antarabangsa lain, termasuk di bandar raya New York, Singapura dan Dubai.
 - AP (myMetro)



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP