GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 14 Julai 2013

Aktor legenda Bollywood meninggal dunia

Pran
NEW DELHI - Aktor legenda Bollywood, Pran yang pernah melakonkan watak hero dan penjahat dalam beberapa filem klasik selama lebih enam dekad meninggal dunia selepas menghidap pneumonia.
Menurut doktornya, Sanjeev Mehta, Pran mati di Hospital Lilavati, Mumbai kelmarin pada usia 93 tahun setelah berada lebih dua minggu di hospital itu.
Pran atau nama sebenarnya Pran Krishan Sikand membintangi lebih 350 filem Bollywood sejak tahun 1940-an.
FOTO daripada Biro Informasi Akhbar India ini menunjukkan aktor veteran Bollywood, Pran menerima anugerah Dadasaheb Phalke pada 10 Mei lalu.

Kerajaan India pernah memberi anugerah tertinggi industri perfileman Dadasaheb Phalke pada 10 Mei lalu kepada Pran di atas sumbangannya dalam industri tersebut.


Dia terkenal melalui watak jahat dalam filem-filem dari tahun 1942 hingga 1991 seperti Bari Behen, Azaad, Jis Desh Men Ganga Behti Hai, Half Ticket, Johnny Mera Naam dan Zanjeer.
Pran meninggalkan seorang balu, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Agensi berita Press Trust of India melaporkan, upacara membakar mayatnya berlangsung semalam di Mumbai. 
- AP (kosmo!)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP