2,Gambar : Hotel Dua Tingkat Di Hyderabad India Runtuh, 10 Terbunuh
Tweet
Hotel dua tingkat runtuh di Hyderabad, India pada Isnin mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 12 lagi cedera. Dikhuatiri lebih ramai yang terperangkap di bawah runtuhan itu dan kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan. Foto AFP
HYDERABAD, India: Seorang pegawai berkata, hotel dua tingkat runtuh di selatan India, mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 12 lagi cedera.
Pegawai polis Anurag Sharma berkata, dibimbangi lebih ramai yang terperangkap di bawah runtuhan hotel City Light pada kejadian yang berlaku pagi Isnin (waktu India).
Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan di lokasi runtuhan hotel City Light di Hyderabad, India. Foto EPA
Seramai 20 orang lagi telah diselamatkan dari bangunan itu yang terletak di pinggir bandar Hyderabad.
Sharma berkata, operasi menyelamat sedang berjalan di tempat kejadian.
- AP (mStar Online)



0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan