GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 15 Julai 2013

Isteri dipijak Suami kerana tegur tidak berpuasa

Kuala Lumpur: Seorang kerani berusia 21 tahun dipijak suaminya hanya kerana menegur lelaki terbabit yang tidak berpuasa di rumah mereka di Sungai Long, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, selain dipijak, mangsa juga ditumbuk dan dibaling botol kaca oleh lelaki terbabit.
Menurut sumber, kejadian itu bermula apabila mangsa yang pulang dari tempat kerja menjumpai sisa makanan di dapur.
“Ketika itu, mangsa masuk ke dapur bagi menyiapkan juadah berbuka puasa sebelum menemui sisa makanan yang ditinggalkan di atas meja,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun itu bertanya suaminya sama ada dia berpuasa atau tidak.
“Lelaki terbabit memberitahu dia tidak berpuasa sebelum mangsa menegurnya supaya berubah dan insaf atas perbuatannya itu.
“Teguran mangsa menyebabkan suaminya tiba-tiba naik angin lalu menumbuknya dan dibaling dengan botol kaca,” katanya.
Sumber berkata, ketika diperlakukan demikian, mangsa hanya mampu menutup kepala menggunakan dua tangannya.
Katanya, suspek hanya berhenti memukul isterinya itu apabila melihat mangsa terbaring di lantai.
* Sumber myMetro


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP