GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 14 Julai 2013

Maut ditembak ketika sedang berborak

BUTTERWORTH: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas ditembak dari jarak dekat oleh lelaki yang menaiki motosikal di Bagan Dalam, di sini, malam tadi.
M Ravindran, 19, yang parah selepas ditembak tiga das di rusuk kiri, mati ketika tiba di Hospital Seberang Jaya.
Dua lagi yang cedera, S Leenesh, 18, dan A Sukumar, 52, dikejarkan ke
hospital sama oleh orang ramai.
Ketua Polis Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahmah Ibrahim, berkata kejadian ketika ketiga-tiganya sedang berbual bawah jejambat pada kejadian kira-kira 10 malam.
Menurutnya, tiba-tiba muncul sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki menghampiri mereka dan seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tembakan ke arah mereka.

Beliau berkata, lelaki bersejata itu melepaskan sekurang-kurangnya enam das tembakan memandangkan siasatan awal polis di tempat kejadian menemui enam
kelongsong peluru.

"Polis masih menyiasat motif sebenar kejadian dan siasatan awal mendapati dua lelaki terbabit menaiki motosikal Yamaha LC berwarna hitam," katanya
pada sidang media, di sini, hari ini.
* Sumber myMetro

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP