GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 23 Julai 2013

Pelakon lelaki berpakaian wanita diambil tindakan tegas


KUALA LUMPUR 23 Julai - Kerajaan khususnya pihak berkuasa agama dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia digesa mengambil tindakan terhadap pelakon lelaki berpakaian wanita di stesen televisyen berbayar yang dilihat mendorong kebebasan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ketika membuat gesaan itu, Anggota Dewan Negara Senator Rohani Abdullah berkata, meskipun hanya lakonan, perbuatan memakai pakaian dan menyerupai wanita itu jelas haram di sisi Islam.

"Pihak berkuasa agama memang ada bertindak kepada golongan lelaki berpakaian wanita yang berlagak seperti pondan dan sebagainya tetapi masih tiada tindakan tegas dikenakan terhadap pelakon.

"Tindakan pihak berkuasa agama hanya terbatas kepada beberapa orang sahaja tetapi perlu diketahui stesen televisyen berbayar ini ditonton ramai orang," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau turut menggesa kerajaan membendung ajaran Syiah yang dikatakan semakin berleluasa di negara ini 

. - BERNAMA


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP