GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 13 Julai 2013

Penjelasan Lana Nordin nafi dicekup tidak puasa

Lana Nordin
Kuala Lumpur: Pelakon yang mendapat jolokan Pamela Anderson Malaysia, Lana Nordin menafikan ditangkap pihak berkuasa kerana berjudi dan tidak berpuasa kelmarin ekoran tersiarnya berita mengatakan seorang artis wanita berusia 30-an ditahan sewaktu sedang bermain mahjong dan meminum minuman keras di sebuah kafe siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker di Bandar Puteri, Puchong.
Berita disiarkan tidak menyatakan nama artis wanita terbabit, tetapi sebaik gambar disiarkan dan dimuat naik ke laman sosial ramai pihak membuat dakwaan bahawa orang dimaksudkan itu pelakon utama filem Chow Kit itu berdasarkan susuk tubuh dilihat dari belakang. Sewaktu dihubungi, Lana tidak dapat memberikan komen panjang mengenai dakwaan dibuat memandangkan keadaannya dirinya kurang sihat kerana menghidap demam panas dan batuk teruk.
“Berita mana yang menyiarkan berita itu dan mengapa mereka mengatakan itu saya? Saya mahu melihat sendiri berita dan gambar itu. Kalau saya ditahan kelmarin tidak masuk akal kerana saya sudah dua hari terlantar di rumah kerana sakit.
“Bayangkan hendak bangun pun susah dan nak bercakap waktu sekarang ini pun sakit rasanya. Ibu saya terpaksa datang membantu saya buat masa ini kerana keadaan tubuh lemah,” katanya.
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP