GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 8 Julai 2013

Perkhidmatan Sedia gadis, bilik sewa murah hanya RM10 sehari


Ipoh: Sindiket pelacuran di bandar ini bukan hanya menyediakan gadis jelita, malah menawarkan bilik sewa pada kadar rendah sekitar RM10 hingga RM30 untuk tempoh sejam atau sehari.

Kegiatan berkenaan berjaya dikesan sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian, Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, yang membuat serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Jalan Leong Sin Nam, di sini, jam 3 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintendan Anuar Othman ketika ditemui berkata, operasi dijalankan selepas pihaknya melakukan intipan dan risikan mengenai kegiatan itu di sebuah premis perniagaan sejak beberapa minggu lalu.
“Operasi yang membabitkan tujuh anggota dan pegawai daripada Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian, Maksiat (D7), IPD Ipoh berjaya mengesan kegiatan pelacuran yang dijalankan di premis kedai dua tingkat itu.

“Premis itu tidak mempunyai papan tanda dan tertutup rapi dengan hanya tertera iklan tanda bilik sewa sekitar RM10 hingga RM30 untuk kadar sehari di luar dinding bangunan itu,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di premis berkenaan mendapati sebanyak 23 bilik tidur lengkap dengan katil dan bilik air membabitkan 13 bilik tidur di tingkat atas dan 10 bilik tidur di bawah premis dibina khas bagi tujuan aktiviti pelacuran.

Beliau tidak menolak kemungkinan premis berkenaan menjadi tumpuan warga Bangladesh, Nepal dan Indonesia, berdasarkan maklum balas yang diterima pihaknya.

Anuar berkata, dalam operasi itu pihaknya turut menahan tiga wanita warga Indonesia berusia 25 hingga 31, seorang lelaki berusia 38 tahun dan dua lelaki dipercayai penjaga premis berkenaan berusia 53 dan 69 tahun.

* Sumber myMetro


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP