GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 7 Julai 2013

Polis Nafi Tujuh Wanita Mati Selepas Terima Sampel Wangian

KUALA LUMPUR: Polis menafikan khabar angin bahawa tujuh orang wanita mati di sebuah hospital swasta di Jalan Ampang dekat sini baru-baru ini selepas mereka menerima bungkusan mengandungi sampel wangian atau losyen beracun.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh Ishar Singh dalam satu kenyataan di Facebook polis berkata perkara itu disahkan tidak benar selepas semakan dibuat dengan pihak hospital berkenaan dan mendapati bahawa laporan itu tidak berasas sama sekali.
Beliau berkata dua tahun lepas turut dikhabarkan berlaku perkara yang sama di hopital berkenaan.
Polis menasihati orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin atau berita palsu sedemikian dan tindakan tegas mengikut undang-undang sedia ada akan diambil kepada sesiapa yang menyebarkannya. 
BERNAMA



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP