GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 13 Julai 2013

Ramadan, Taliban Larang Lelaki Pakistan Pakai Seluar Ketat

Taliban di Afganistan (Ilustrasi)

Tentera militia Pakistan, Taliban, melarang para lelaki memakai pakaian ketat atau yang menunjukkan aurat selama bulan Ramadan. Selain itu mereka juga mengenakan denda bernilai US $ 500.kepada para peniaga apabila tertangkap basah menjual pakaian yang terlalu tipis dan tidak sesuai dikenakan lelaki.

Menurut Al-Arabiya, Kamis 11 Julai 2013, para penjahit pakaian lelaki juga diancam diculik dan dipukul apabila ketahuan membuat baju lelaki yang ketat.

Peringatan sama tidak diberikan untuk para wanita. Pasalnya, wanita di Pakistan sudah mengenakan baju tradisional yang menutupi seluruh badan atau dikenali dengan nama burqa.

Tentera Taliban Pakistan yang berada di sempadan Afghanistan sebelumnya sudah pernah bertindak represif berkaitan dengan aturan itu. Sebagai contoh di tahun 2011, kumpulan Taliban merazia sebuah kedai pakaian di bandar Wana, Pakistan.

Mereka merampas semua pakaian yang dianggapnya terlalu tipis dan tidak layak dikenakan. "Mereka mengatakan pakaian itu tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam dan tidak sesuai dipakai lelaki," ujar seorang penjaga kedai, Rahimullah Khan kepada media.

Seorang pegawai kerajaan tempatan di bandar Wana melihat usai disita, baju-baju dan kain bahan dalam jumlah banyak itu kemudian dibakar. "Beberapa orang lelaki menyita gulungan kain bahan yang mereka anggap terlalu tipis untuk digunakan. Mereka merampas itu dari puluhan kedai lalu membakarnya," ujar pegawai tersebut.

Masih menurut pejabat itu, tentera Taliban sudah memperingatkan sebelumnya kepada para penjaga kedai untuk tidak memajang baju-baju model itu selama Ramdan. "Dan kini mereka menyerbu kedai dan menyita pelbagai baju," katanya

* Sumber vivanews.com


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP