GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 23 Julai 2013

TPM mahu insiden makan dalam tandas disiasat


SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meminta Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) menyiasat insiden pelajar bukan Islam diminta makan di dalam bilik air sebuah sekolah.

Muhyiddin menegaskan, beliau tidak akan berkompromi berhubung isu tersebut.

"Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah untuk menyiasat isu pelajar bukan Islam yang disuruh makan di dalam tandas.

"Tindakan tegas akan diambil jika ada asas," katanya menerusi laman Twitternya, hari ini.

Di media sosial Facebook (FB) hari ini tersebar gambar-gambar beberapa pelajar bukan Islam di sebuah sekolah di Sungai Buloh sedang makan pada waktu rehat di sebuah bilik yang didakwa sebagai tandas.

Gambar tersebut juga didakwa disebarkan oleh ibu bapa pelajar terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan dalam responnya menegaskan insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Katanya pihak sekolah tidak boleh menukar lokasi makan para pelajar dengan sesuka hati walaupun di bulan puasa.

"Perkara itu tak seharusnya berlaku kerana ini bukan cara pengamalan kantin.

"Kita tidak boleh sewenang-wenangnya tukar lokasi kawasan kantin kepada tempat yang tidak seharusnya jadi kantin kerana kantin ini dah dibina dalam tempat sesuai, maknanya ada cukup keperluan untuk diwujudkan kantin,” katanya yang dipetik dari portal sebuah berita.

Katanya lagi, susulan insiden yang berlaku, pihak kementerian akan mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri untuk menyiasat kejadian.

Beliau juga meminta agar ibu bapa pelajar yang membuat laporan supaya bersabar sehingga laporan lengkap insiden diterima.

* Sumber sinarharian
 

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP