GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 24 Julai 2013

Wanita Islam Berkeras Sertai Ratu Cantik, Jawi Buka Kertas Siasatan

KUALA LUMPUR: Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuka kertas siasatan berhubung peserta beragama Islam yang tetap berkeras bertanding merebut gelaran 'Miss World Malaysia 2013.'
Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, kerana menghina agama Islam.
Di bawah Seksyen 7, akta berkenaan, sesiapa yang didapati melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. "Sebagai agensi penguat kuasa agama, pihak Jawi akan menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti-bukti serta keterangan yang mencukupi.
"Pendakwaan akan dibuat terhadap mereka yang terlibat di Mahkamah Syariah," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.
Fatwa mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik diwartakan pada 8 Februari 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam.
Berdasarkan laporan akhbar pada Selasa, peserta-peserta terbabit menyatakan kekecewaan mereka dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik. "Oleh itu, kenyataan tersebut (kecewa dengan fatwa) dianggap telah menghina Islam," katanya.
Sementara itu, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan pihak Sister In Islam (SIS) agar menghentikan provokasi dan spekulasi terhadap isu fatwa pengharaman ratu cantik.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata umat Islam juga dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan seumpama itu kerana kenyataan atau alasan yang dikeluarkan adalah tidak berasas mengikut pandangan syarak dan tidak merujuk kepada undang-undang yang termaktub di dalam Perlembagaan.
"Tidak timbul isu diskriminasi berasaskan gender, pilih bulu atau sebagainya jika kita benar-benar memahami nas-nas syarak mengenai hukum tersebut.
"Dalam membicarakan persoalan hukum hakam Islam, semua pihak khususnya SIS perlu ingat bahawa ia tidak boleh dibahaskan sewenang-wenangnya oleh golongan yang tidak berkelayakan dalam bidang agama kerana kenyataan yang dikeluarkan golongan tidak berkelayakan inilah telah menimbulkan pelbagai kacau bilau dan salah faham terhadap ajaran Islam sehingga mencalarkan maruah agama dan umat Islam seluruhnya," katanya. 
 BERNAMA

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP